gravatar

Hidup Umpama Sebatang Pokok

hidup.. umpama bagai sebatang pokok.. banyak dahan dan cabangnya umpama liku2 kehidupan.. daun hiijau yang banyak pun kadang2 boleh berkurang dan bertambah umpama iman, tp harus dbaja agar sentisa subur.. akar tunjang nya pasti memegang teguh kayu tunggal agar ia tahu dirinya dan identitinya umpama agamanya dan kepercayaannya.. semakin dalam akarnya menggali semakin banyak ilmu di kumpul perolehnya, pasti utuh teguh tanpa goyah pokoknya.. setiap sesuatu yg dibuat pasti membuahkan hasil, rajin usahanya banyaklah hasilnya, umpama hasil buah pada dahan.. bunga2 pokok itu umpama melambangkann keceriaan, kegembiiraan, cinta dan rasa hati, cantik dipandang bertambah serinya.. kadang2 dicantas putus dahan pokok kayunya, tp terpulang pada diri memilih untuk terus tumbuh atau mengalah terus rebah kalau tidak tumbuh semula.. bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam tp hati lain2.. tp bak kata pepatah pokok, nama sama semua pokok, tp jenis dan tumbuhnya xakan sama.. :D sekian.. ~ by masterKAAR..

gravatar

Semuanya Berubah

sesuatu kelainan pasti berlaku.. semua pasti akan melihat.. pasti mengalaminya.. perasan atau tidak perubahan itu pasti ada.. kadang2 ianya xdapat dilihat dengan mata.. tp dapat dirasai dari hati.. pejamkan mata.. redha dan rasai semuanya..

gravatar

Kata

Setiap sepatah perkataan itu lahirnya dari hati..
Setiap yang dari hati itu ada keikhlasan..
Dan setiap keikhlasan itu ada kebenaran..
Setiap kebenaran itu pasti akan membuat orang percaya..
Jadi, setiap ungkapan kata itu mempunyai makna yang tersirat.. -by KAAR ^_^

gravatar

SUBJECT SEJARAH

sejarah mempunyai erti..

penuh makna..

setiapnya harus d catit dan dilakar..

supaya mereka yg lain menjdkannya tauladan..

pernah pepatah mengatakan sejarah pasti berulang..

tetapi ianya xkan serupa..

seperti batu bersurat yg penuh misteri..

manusia menjaga rapi..

biar mereka yg lain dapat berkongsi apa yg tersembunyi..

sebab sejarah itu bakal mengajar kita..

kadang2 sejarah menjadi hebat seperti zaman salahuddin..

tetapi boleh juga menjadi sedasyat palestin..

boleh menjadi kebanggaan umpama angkasawan pertama negara..

sebab setiap detik yg lepas itu tertulis setiap titik sejarah..

ia xdpt d lihat, atau d sentuh..

tetapi dpt dirasa dan difikirkan..

tetapi ada juga sejarah yg dibiarkan terkubur selama2nya..

keindahan nya x dikongsi dan dirai..

cuma untuk mereka sahaja yg mengetahui.. [subject sejarah] ^_^v

gravatar

Mimpi

terasa indah bila kita bermimpi.. tp cuma ilusi.. susah untuk jdkan realiti.. jgn terus bermimpi kerna apa yg kita cari xmustahil ianya akan pergi.. kejarlah apa yg d d impi jgn sampai d terlalai dlm percaturan..

gravatar

Teristimewa

wlu kita punya sejuta kawan tapi pasti ada satu yg teristimewa..
lbh selesa sederhana.. biar knl asal usul sendiri.. biar mengenal segala erti..
kembali.. ^_^V

gravatar

Ruffedge - Bila Rindu Lyrics

Ruffedge - Bila Rindu Lyrics
Filed under: Ruffedge Lyrics

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara tergiang
Suara merdu yang disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

gravatar

Malaysia mempunyai ramai professional..

Seperti yang kita maklum bahawa negara kita Malaysia adalah salah satu daripada negara yang di segani dan digeruni oleh dunia bukan sebab dari segi kuasa peperangan tetapi dari segi pembangunan dan kepakaran yang telah dilahirkan oleh Malaysia.

Malaysia telah melahirkan ramai pakar dari segala bidang tetapi tidak di fokuskan dan dimanfaatkan oleh golongan tertentu tentang kelebihan yang mereka ada. Ramai pakar, professional dan cendikiawan lebih cenderung untuk bekerja di luar negara berbanding dalam negara kerana gaji yang ditawarkan lebih jauh lumayan berbanding di dalam negara. Sebagai contoh kita boleh saksikan bahawa ramai pelajar tajaan kerajaan tidak berkhidmat kembali dan menyumbangkan kepakaran setelah dihantar melanjutkan pembelajaran di luar negara mana kala lebih cenderung untuk menetap di luar negara dan bekerja di sana.

Ramai professional dari Malaysia bekerja di syarikat-syarikat terkenal di seluruh dunia. Mengapa kita tidak mengambil langkah-langkah tertentu supaya kepakaran ini tidak terus mengalir ke luar dan anak jati Malaysia sendiri tidak menyumbang kepakaran dan pembangunan di negara sendiri tetapi cuma mementingkan diri sendiri berbanding masa depan negara. Untuk mencapai wawasan 2020 kita mempunyai banyak cabaran dan rintangan untuk mencapainya. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammad sendiri pernah berkata bahawa wawasan 2020 ini mungkin tidak akan tercapai tepat pada masanya sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah yang proaktif dan kreatif untuk mengejarnya.

Sebagai contoh mengapa kita tidak sanggup membayar gaji yang lebih berbanding sanggup untuk membayar gaji yang setimpal dan bersesuaian dengan kepakaran yang mereka miliki. Apalah hendak di bezakan hasil yang mereka beri berbanding bayaran gaji yang diberikan. Pelaburan sekarang dapat menjamin kemajuan dan pembangunan negara pada masa akan datang. Negara Malaysia juga boleh mengambil langkah yang sama iaitu dengan menarik pakar-pakar dan professional dari luar untuk menyumbangkan kepakaran mereka di negara ini.

Kita semakin kekurangan pakar dan professional di negara ini dan semua pihak harus mengambil langkah yang berkesan supaya perkara ini tidak berlaku berterusan. Semua pihak harus prihatin menarik minat para professional kembali ke negara untuk menyumbang bakti dan ilmu kepada pembangunan negara, ekonomi dan rakyat.

gravatar

Ku tenang

Hari ini hari yang tenang buat diri..
Tapi hati tetap sedih menyendiri..
Apakan daya ku tak mampu mengubah situasi..
Semua kehendah Ilahi..
Ku mengerti.. Ku mengikuti..

Hatiku tak tenang umpama lautan bergelombang..
Ku tahu silap ku..
Aku pastikan semuanya biasa..
Gelak tawa hati riang gurau senda..
Semuanya ku redha..

Biar semua tak berubah..
Tak kan goyah..
Ku pasti pada asal nya..
Kerna ku pasti ada sebabnya..
Ketentuan Pencipta yang penentu segala..

gravatar

Jangan terburu-buru perkenal pendidikan seks..

Jangan terburu-buru perkenalkan pendidikan seks di sekolah. Semua pihak harus memikirkan alternatif lain selain memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Sekali pandang ungkapan pendidikan seks tersebut umpama untuk mendidik bagaimana untuk melakukan perkara tersebut. Walaupun pada hakikatnya untuk membenteras gejala tersebut dari golongan remaja.

Apabila kita berfikir diluar dari kelompok negara ini, ianya akan menjadi sesuatu yang amat pelik dan aneh untuk sebuah negara Islam. Yang mana negara ini akan memperkenalkan pendidikan seks terhadap kanak-kanak. Ianya akan menjadi sebuah cerita atau buah mulut terhadap negara Islam yang lain. Dari segi logiknya, kita sememangnya sudah mempunyai subject atau matapelajaran seperti sains, pendidikan moral dan pendidikan islam. Itu sudah mencukupi dan memadai untuk pengajar dan si pembelajar untuk mendapatkan ilmu. Cuma corak pendidikan harus lebih dimantapkan.

Jangan sahaja apabila berlaku sesuatu yang tidak diigini, pihak guru-guru dan pihak tertentu akan dipersalahkan. Ini kerana pihak tenaga pengajar sendiri belum bersedia untuk mengajar subject tersebut. Yang menjadi persoalannya, apakah sylibus yang akan di masuk kan kedalam subject tersebut. Sedangkan kita sedia maklum bahawa dalam rancangan vidio tertentu kadang-kadang terdapat halangan untuk remaja 18 kebawah untuk menyaksikannya. Itu bermaksud bahawa semua orang bersetuju bahawa golongantersebut belum bersedia untuk berhadapan dengan masalah tersebut.

Isu terbaru kini adalah sebaran vidio lucah artiz indonesia yang terkenal dan dinamakan Peter Porn telah mempengaruhi peratusan jenayah rogol dan cabul di negara tersebut sebanyak 13%.
Itu baru satu fakta yang mana menunjukan sebaran vidio lucah seorang artiz. Bagaimana pula bila kita memperkenalkan subject tersebut terhadap remaja. Munkin kita akan berjaya tetapi peratusan untuk berjaya adalah amat tipis kerana remaja pada masa kini lebih berbeza dari remaja 10 tahun lepas.

Mengapa kita tidak menutup sahaja mana-mana laman web lucah, menambahkan hukuman yang lebih berat kapada penjual vidio lucah, memantapkan lagi corak pembelajaran dan pengajaran di sekolah, guru kaunseling harus lebih aktif dan professional, pendidikan moral dan islam harus lebih dimantapkan dah pihak sekolah haruslah membuat atau mengadakan satu program kesedaran pelajar, corak pemakaian pelajar harus di seragamkan dan tidak terlalu menjolok mata seperti menggunakan kain yang nipis dan kesedaran ibu bapa itu sendiri amat penting dalam mendidik siapa anak itu umpama kain putih yang di corakkan mereka sendiri.

gravatar

Ku Berserah

Ku tersenyum kesorangan..
Ketawa sinis menatap diri..
Mengapa daku begini..
Meratapi isi hati..

Harum nya bunga sudah di petik..
Dijaga cantik di taman hati..
Pasti dibelai disimpan rapi..
Menjadi teman semasa sepi..
Menjadi kawan semasa sunyi..

Indahnya pasti menambat hati..
Tercubit rasa ingin dihati..
Tapi sudah mustahil bagi diri..
Cuma terbaik sentiasa di ingati..

Daku berserah kepada Mu Ilahi..
Tak ku jatuh sebab begini..
Teguhkan diri kuatkan hati..
Pasti ada sesuatu yang di ingin kan oleh Mu Ya Ilahi..

Tadah tangan ku mengharap pada Mu..
Tunjukkan aku apa yang tersembunyi..
Semuanya bukan ilusi atau fantasi..
Ku yakin padaMu wahai pencipta diri..

gravatar

Tak ku lari walau selangkah..

Pernah ku kata..
"Tak ku lari walau selangkah.."
"Tak ku undur walau setapak.."
Ku tetap di sini..
Tetap menanti..

Cuma menunggu masa tibanya..
Tiada ruang yang kurasa selesa..
Mungkin takut mungkin leka..
Untuk memberikan luahan cerita..
Kisah terlalu lama ungkapan kata..
Hati sebagai asas jalan nya..

Ku cari cinta ku cari bahagia..
Disana adanya setia..
Bukan luaran tapi dalam nya..
Kekuatan nya bagai dinding utuh selamanya..
Tak kan hancur di hentak masa..

Ku nanti mudik nya perahu..
Ku kayuh hulu mengikut arus..
Ku kayuh hilir melawan ombak..
Biar bergelombang si perahu..
Akan ku tetap tak tinggalkan nya..
Tak kan karam tak kan hanyut tanpa arah..
Kerana aku tetap aku..
Punya hati punya perasaan..

gravatar

Rasa

Kini ku rasa teguh berdiri..
Bertapak dua kaki..
Menggenggam sepuluh jari..
Berpijak nyata di muka bumi..
Merenung masalah diri..

Ku teguhkan hati..
Tak ku peduli tanpa erti..
Bisa ku buat seperti asalnya..
Tenang.. Aman.. Indah..
Ku usaha bahagia..
Kerna ku tahu..
Keadaan nya pun sama..

Adakalanya ku mendongak ke langit..
Ku bertanyakan tentang diri..
Itulah ketentuan Ilahi..
Biar perkara ini tersembunyi..
Mempunyai erti..
Kisah seorang puteri..

gravatar

Iklan

Kau sinari......
Kau di hati.....
Inspirasi........

Ooo~~~

Kau ku puja....
Kau ku suka....
Kau ku cinta....

Yea~~~

TV3...... ^_^

gravatar

Indahnya kuasaMu Ya Tuhan

Ku rasa tenang bersendirian..
Bertemankan kicauan burung taman..
Agungnya ciptaan Mu Ya Tuhan..
Ku bersyukur menadah tangan..
Berdoa sujud syukur kerna ciptaanMu Ya Tuhan..

Munculnya pagi bersilih petang..
Pabila malam bertemankan bintang..
Tercari bulan ditutup awan..
Indahnya ciptaan Mu Ya Tuhan..

Kau pasangkan malam dan siang..
Kau pasangkan laut dan darat..
Kau pasangkan bulan dan bintang..
Kau pasangkan langit dan bumi..
Ku mengerti hidup ini tak kan sunyi..

Setiap hirup nafasku..
Setiap kelip mataku..
Setiap degup jantungku..
Setiap orak langkah ku..
Semuanya kerana izin Mu Ya Tuhan..

Followers