Rindu
Bibirku kaku bila bersua..
Mataku malu merenungnya..
Namun jantungku kencang berdegup merinduinya..
Ku nanti wujudnya x kunjung tiba..
Hilang entah kemana..
Pejamku.. Namun masih mengingatinya..
Ku tercari-cari di mana ia..
Adakah perasaan ini serupa di hatinya..
Novel tercipta terlalu lama..
Mungkin menjadi diari hidup dirinya..
Tak siapa tahu kerna terlalu lama..
Siapa mampu menahan hati..
Tapi ku masih rehda bersabar kepadaMu Ya Ilahi..
Suatu hari pasti ada cerita..
Kuharap yang indah pasti isi nya..
Mungkin jua satu khayalan semata..
Tak ku lari walau selangkah..
Tak ku undur walau setapak..
Biar sedih sepi sendiri..
Akan ku ingat sejarah ini..
Ku pegang janji kerana semua ketentuan mu Ya Rabbi